WOW BEST

Monday, May 31, 2010

Buaya Bujang Senang


Hotto teringat cerita buaya bujang senang yang pernah menggemparkan malaysia dulu. peristiwa ni berlaku di Sarawak. hotto pn carilah maklumat tu dlm intertnet dan kwn2 yg berada di sabah/sarawak. jom kita kongsikan bersama..
hotto xtahu cerita ni betul atau tak tapi ni jela cerita yang hotto dpt cari buat masa ni. coz mmg nk tahu sgt cerita2 mcm ni coz masa kejadian ni dulu hotto dak2 kecik g. jommm..
  • Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia.
  • buaya ini adalah spesis Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang senang dikatakan berusia 50 tahun.
  • buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak ahun 1941. tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang Anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban iaitu anak Sungai Batang Lupar.
  • Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
  • Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononnya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. pahlawan ini telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang telah membunuhnya.
  • Penduduk tempatan juga menyatakan buaya yang mati dibunuh itu bukanlah bujang senang kerana bujang senang sudah lama menduduki sungai itu yang juga merupakan jelmaan dan buaya ini masih hidup serta masih lagi mendiami sungai ini.
  • Selain itu juga, penduduk tempatan yang terdiri dari nelayan juga mengakui prnh terserempak dengan bujang senang di dua lokasi yang berlainan pada masa yang sama. dan kerana ini mereka masih lagi percaya bujang senang masih lagi ada disungai itu.
  • Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman pada awal tahun 1990-an.
  • Kadang-kadang mangsa serangan buaya adalah kanak-kanak hingusan dan pencarian mayat seing berakhir dengan penuh menyayat hati (gmbr ni seram sgt so hotto xtnjuk)
  • Muara Sungai Batang Lupar sering berlaku fenomema benak atau ombak besar yang membawa masuk air pasang. fenomema ini telah dijadikan pesta bagi penduduk tempatan dan kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti meluncur air.
  • Bayangkan lah sungai ini sering berlaku ombak besar selain menjadi kediaman buaya dan penduduk tempatan siap buat pesta air lagi dkt sungai tu. beranikan diorang ni...??
  • kebanyakkan penduduk lebih gemar mandi dan mencuci di sungai so kebanyakkan mangsa adalah mereka yang sering berada di tepi /gigi sungai. kebanyakan mangsa adalah kanak2 kerana sering bermain di gigi air.
  • Kini tengkorak buaya yang dikatakan Bujang Senang disimpan dan dipamerkan di muzium Sarawak.

Sedang mencari maklumat tentang Bujang Senang hotto juga terjumpa satu lagi penghuni sungai ini iaitu Nabau.

  • Ular besar ini dikaitkan dengan Mitos masyarakat Iban mengenai anakonda dari alam halimunan yg dikenali sebagai Nabau.
  • Menurut seorang warga emas dari daerah Song, Kapit memberitahu, menurut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau merupakan anakonda misteri. menurut cerita orang-orang tua, Nabau hadir secara misteri.
  • Apabila Nabau muncul, ia seolah-olah membawa petanda sesuatu kejadian besar bakal berlaku.
  • Masyarakat Iban terdahulu percaya Nabau muncul secara merentangi sungai bermakna banjir besar akan berlaku.
  • Mungkin juga banjir besar di Sarawak berpunca daripada kehadiran Nabau itu.

erm bestkan cite2 ni..xsangka byk juga kisah2 misteri yang ada or yg hotto xprnh tahu sebelum ni..heheh..

No comments:

Post a Comment